Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Teaching Library Programme

Program Pembudayaan Ilmu : Bengkel Ilmu Bestari

Pasir Gudang, 21 April 2025 – Program Pembudayaan Ilmu: Bengkel Ilmu Bestari telah berlangsung pada hari Isnin, 21 April 2025, bertempat di SMK Sungai Tiram, Pasir Gudang. Program bermula seawal jam 8.30 pagi dan merupakan inisiatif kolaboratif antara tiga institusi utama, iaitu Perpustakaan Tun Dr. Ismail, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Gudang serta SMK Sungai Tiram sendiri.

Program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan memperkasa budaya ilmu dan literasi dalam kalangan warga sekolah menengah, khususnya pelajar dan pendidik. Melalui penganjuran bengkel ini, peserta berpeluang mengikuti pelbagai aktiviti ilmiah yang berfokus kepada pengayaan ilmu pengetahuan, kemahiran belajar terkini serta pengukuhan jati diri melalui pembacaan dan penglibatan aktif dalam sesi interaktif.

Bengkel Speed Reading yang disampaikan oleh Cik Nor Azelea binti Mohd Azahar, Pustakawan Kanan, PTDI Kampus Pasir Gudang, juga Program Literasi Maklumat yang disampaikan oleh Encik Idris bin Muhammad,Pustakawan Kanan, PTDI Kampus Pasir Gudang, serta penceramah jemputan Puan Juriah binti Athman, Pustakawan Kanan, Hospital Sultanah Aminah, merupakan program yang mengisi slot Bengkel Ilmu Bestari kali ini.

Semoga program kerjasama kali ini dapat mencambahkan ilmu untuk membawa anak-anak SMK Sungai Tiram ke satu tahap kemajuan hidup yang lebih tinggi pada masa akan datang.

 

 

 

 
 
Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.