Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Teaching Library Programme

Lawatan SMK Beris Panchor 2 Ke UiTM Cawangan Perlis Berjalan Lancar

Perlis, 18 April 2025 – Seramai 40 orang yang terdiri daripada 36 pelajar dan 4 guru pengiring dari Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Panchor 2, Bachok, Kelantan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke UiTM Cawangan Perlis. Lawatan tersebut telah berlangsung dengan lancar pada Jumaat, 18 April 2025 bermula jam 10.30 pagi, bertempat di Perpustakaan Dato Jaafar Hassan.
 
Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan awal kepada para pelajar mengenai suasana pembelajaran di institusi pengajian tinggi, khususnya di UiTM, selain memupuk minat terhadap bidang akademik serta pembangunan sahsiah diri.
 
Sepanjang lawatan, para pelajar berpeluang untuk mengenali kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan di perpustakaan universiti, selain diberikan taklimat ringkas mengenai peranan perpustakaan dalam menyokong pembelajaran dan penyelidikan di peringkat pengajian tinggi. Para pelajar turut menunjukkan minat dan keterujaan terhadap persekitaran kampus serta suasana pembelajaran yang berbeza daripada peringkat sekolah menengah.
 
Pihak UiTM Cawangan Perlis, terutamanya warga kerja Perpustakaan Dato Jaafar Hassan, amat berbesar hati menerima kunjungan ini dan berharap agar lawatan seumpama ini dapat memberi inspirasi kepada pelajar dalam merancang hala tuju pendidikan mereka pada masa akan datang.
 
Lawatan ini juga mencerminkan usaha berterusan sekolah dalam membentuk generasi pelajar yang bermaklumat dan berdaya saing, selaras dengan aspirasi pendidikan negara.
Tags: , ,

Please publish modules in offcanvas position.