Arau, 20 April 2025 (Ahad) – Program Accounting 2u Harumanis AA 2.0 anjuran Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Perlis yang melibatkan penyertaan alumni telah melabuhkan tirainya dengan majlis penutup rasmi yang diadakan di Perpustakaan Dato’ Jaafar Hassan pada jam 12.00 tengah hari.
Seramai 18 orang alumni telah hadir memeriahkan program ini, yang bertujuan merapatkan hubungan silaturrahim antara alumni dan warga kampus, di samping menjadi platform untuk berkongsi pengalaman serta perkembangan kerjaya dalam bidang perakaunan.
Kemuncak majlis penutup menyaksikan penyerahan gambar rasmi program kepada Perpustakaan Dato’ Jaafar Hassan sebagai usaha pendokumentasian dan arkib sejarah program. Gambar-gambar ini akan dijadikan bahan rujukan dan simpanan kekal perpustakaan bagi tujuan rekod institusi.
Majlis penutup berjalan dengan lancar dan penuh bermakna, memperlihatkan semangat kebersamaan serta komitmen tinggi daripada semua pihak yang terlibat, sekali gus mencerminkan kejayaan penganjuran program secara keseluruhan. Perpustakaan Dato’ Jaafar Hassan amat menghargai penghormatan yang diberikan sebagai lokasi rasmi majlis penutup, dan berharap agar jalinan kerjasama strategik bersama alumni Fakulti Perakaunan akan terus diperkukuhkan menerusi program-program yang berimpak tinggi pada masa akan datang.









