Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh berbesar hati kerana terpilih sebagai lokasi bersama bagi Program World #QuranHour Peringkat Negeri Pulau Pinang di Daerah Seberang Perai Tengah.
Program World #QuranHour merupakan inisiatif global yang mengajak umat Islam di seluruh dunia untuk meluangkan masa membaca dan memahami al-Quran secara serentak.
Semua warga kampus dijemput untuk turut serta dalam program ini.
Objektif Program
- Menyokong program WORLD Quran Hour yang diadakan serentak di seluruh dunia pada 25 Mac 2025 24 Ramadan 1446H.
- Menyokong program Budaya Ilmu untuk membugarkan kempen membaca Al Quran dalam kalangan warga kampus.
- Menggalakkan individu berinteraksi dengan Al Quran melalui Baca Faham Amal.
- Mencapai Petunjuk Prestasi (Perancangan Strategik) Jaringan & Perkhidmatan Komuniti
Lokasi Program
Aturcara Program
Masa | Aktiviti |
---|---|
8.30 pagi | Pendaftaran |
9.00 pagi | Tazkirah: Tauhid dalam Kepatuhan Mencapai Makrifatullah Berteraskan Al-Quran Oleh: Ustazah Nasnah Hj Mohd Idris (Pendakwah Bebas) |
10.00 pagi | Sesi perkongsian Al-Quran MUFIQ : Sampaikan lah Walau 1 Ayat Oleh: Puan shafa Abdul Manaff (PR & Marketing Executive Yayasan Restu Wilayan Utara) |
11.00 pagi | Penyampaian Saguhati kepada Peserta Tadarus Al-Quran UiTM Cawangan Pulau Pinang |
12.00 tengahari | Bacaan Surah Al-Saff dan tadabbur secara langsung dari lokasi perdana. |
1.00 tengahari | Bersurai |
Rakan Sinergi





