Pasir Gudang, 8 Januari 2026 – Program Sehari Bersama Zakat dan Sedekah telah berlangsung di Perpustakaan Tun Dr. Ismail, hasil penganjuran bersama Unit Hal Ehwal Islam, Perpustakaan Tun Dr. Ismail, Majlis Agama Islam Negeri Johor dan Perbadanan Islam Johor. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan zakat dan sedekah dalam kehidupan bermasyarakat.
Pelbagai aktiviti telah dianjurkan, antaranya pertandingan mewarna, tulisan khat dan azan bagi kategori kanak-kanak. Program turut diserikan dengan ceramah kepentingan zakat oleh penceramah jemputan. Secara keseluruhan, program ini berjaya menyemai kefahaman, nilai keprihatinan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan peserta.
