Seremban, 9 September 2025 - Telah berlangsung Program Telaah bersempena Program Sambutan Hari Kemerdekaan ke-68 Peringkat UiTM Kampus Seremban anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban secara langsung menerusi saluran media rasmi Youtube PTAR UiTM Negeri Sembilan.
Program Telaah bertajuk Resensi Buku: “Tentera Darat Menentang Insurgensi Komunis 1968-1989” yang dijalankan selama satu jam ini disampaikan oleh panel jemputan Dr. Amer Fawwaz Mohamad Yasid, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi UiTM Cawangan Negeri Sembilan.
Terima kasih diucapkan kepada para peserta kerana sudi bersama bagi menjayakan program ini. Semoga program seperti ini memberi banyak pencerahan serta pengajaran untuk kita hayati bersama, khususnya dalam menghargai pengorbanan pahlawan tanah air dan menghargai jasa pejuang negara dalam mempertahankan kemerdekaan.