Program Telaah : Resensi Buku merupakan inisiatif strategik yang dianjurkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Selangor (UCS) bagi memperkukuh budaya membaca dan perkongsian ilmu dalam kalangan warga universiti. Program ini selaras dengan hala tuju Roadmap PTAR UCS 2025 dan menyokong agenda Knowledge Society serta inisiatif membaca universiti yang mensasarkan bacaan 24 naskhah setahun bagi setiap staf dan pelajar serta 90% penggunaan sumber rujukan perpustakaan.
Pelaksanaan program ini bertujuan untuk menggalakkan amalan membaca dan berkongsi ilmu secara berstruktur dalam kalangan staf dan pelajar UiTM. Inisiatif ini bukan sahaja menyokong pencapaian Performance Indicator (PI) universiti, malah membantu membina ekosistem kerja dan pembelajaran yang dinamik, inklusif, serta berorientasikan pengetahuan.
Panel :
- En. Muhammad Irfan Shaddin (Pembantu Pustakawan, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Kampus Puncak Alam, UiTM Cawangan Selangor)
- Pn. Fatin Sahira Abd Latif (Pembantu Khidmat Am, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Kampus Puncak Alam, UiTM Cawangan Selangor)
- Saudari Nur Ain Natasya Muhammad Ali (Pelajar Latihan Industri, Sarjana Muda Sains Maklumat)
- Pn. Fatimah Harith (Pembantu Pustakawan Kanan, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Kampus Puncak Alam, UiTM Cawangan Selangor)
- En. Mohd Fahmi Kadim (Pembantu Pustakawan Kanan, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Kampus Puncak Alam, UiTM Cawangan Selangor)
- En. Mohd Zaini Md. Yusof (Pembantu Khidmat Am, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Kampus Puncak Alam, UiTM Cawangan Selangor)
Impak program
- Menggalakkan amalan membaca dan berkongsi ilmu secara berstruktur dalam kalangan staf dan pelajar UiTM.
- Menyokong pencapaian Performance Indicator (PI) universiti, malah membantu membina ekosistem kerja dan pembelajaran yang dinamik, inklusif, serta berorientasikan pengetahuan.
- Meningkatkan pengetahuan dan ilmu baharu kepada peserta melalui perkongsian bahan bacaan serta dapat meningkatkan kecekapan dan memudahkan tugasan harian.
- Meningkatkan profesionalisme staf yang berpengetahuan dan mewujudkan persekitaran kerja yang lebih intelektual dan bermotivasi tinggi.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, program ini telah mencapai objektif program melalui maklumbalas daripada peserta. Diharapkan juga program ini dapat meningkatkan ilmu, kemahiran dan pengalaman staf dalam urusan kerja seharian selaras dengan hala tuju Roadmap PTAR UCS 2025 dan menyokong agenda Knowledge Society.