10 Oktober 2025 | 18 Rabiul Akhir 1447 H – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Kampus Puncak Alam telah menganjurkan sesi Taklimat Perpustakaan : Discover Learning Experience with Library khusus untuk pelajar pasca siswazah Fakulti Farmasi.
Taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Hani Liza Norfin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, PTAR Kampus Puncak Alam. Sesi ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai pelbagai kemudahan, perkhidmatan serta sumber maklumat yang disediakan oleh perpustakaan bagi menyokong aktiviti pembelajaran, penyelidikan dan penulisan ilmiah mereka.
Program seumpama ini amat penting dalam memperkasa pelajar pasca siswazah untuk meneroka dan memanfaatkan pelbagai kemudahan perpustakaan sebagai hab ilmu digital dan penyelidikan, seterusnya meningkatkan keupayaan mereka menghasilkan karya ilmiah yang berkualiti.
PTAR sentiasa komited untuk memperkasa komuniti akademik UiTM melalui inisiatif pembudayaan ilmu dan transformasi digital dalam ekosistem pembelajaran universiti.
Sekian.

