14 Oktober 2025 | 22 Rabiul Akhir 1447 H : Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Kampus Puncak Alam, berbesar hati menerima kehadiran pelawat seramai 70 orang dari Bahagian Perkhidmatan Komuniti & Sukan, Perbadanan Putrajaya (PPj), Jabatan Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP) dan pelajar tingkatan 5 dari beberapa buah sekolah di Lembah Klang.
Lawatan ini adalah sebahagian daripada aktiviti yang telah dirancang oleh pihak penganjur iaitu Unit Psikologi dan Kaunseling HEP, UCS bertujuan memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar ini utk meningkatkan motivasi menjelang peperiksaan yang bakal ditempuhi.
Mereka dibawa melihat kemudahan dan fasiliti yang disediakan kepada pelajar utk sokongan pembelajaran dan pendidikan. Terima kasih diucapkan kepada pihak Maker Lab UiTM yang sudi menyantuni pelajar-pelajar dengan sesi penerangan oleh pelajar latihan industri mereka.
Sekian.

