Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Taklimat Format Surat Rasmi UiTM Bersama Bahagian Infostruktur, UiTM Cawangan Kedah

15 Julai 2025 – Bagi meningkatkan kefahaman dan pematuhan terhadap etika penulisan rasmi universiti, Perpustakaan Sultan Badlishah (PSB) telah mengadakan Taklimat Format Surat Rasmi UiTM bersama Bahagian Infostruktur pada 15 Julai 2025. Sesi ini berlangsung dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang, bertempat di Smart Class Room P5, UiTM Cawangan Kedah.

Taklimat telah disampaikan oleh Puan Atirah Ruslan, Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP) dan juga selaku Ketua Unit Arkib Universiti yang mempunyai kepakaran dalam pengurusan dokumen dan rekod rasmi universiti. Beliau telah menjelaskan dengan terperinci garis panduan rasmi UiTM dalam penulisan surat, termasuk elemen-elemen penting seperti tajuk, nombor rujukan, penggunaan logo, serta struktur ayat yang menepati standard perkhidmatan awam.

Sesi turut dibantu oleh Encik Rosdi Hamad Rodzi, Pembantu Pustakawan Kanan dan Puan Noor Azlina Mat Esoff, Pembantu Pustakawan yang bertindak sebagai fasilitator dan urus setia teknikal sepanjang program berlangsung. Peserta turut diberi ruang untuk bertanya dan mendapatkan penjelasan berhubung contoh kesilapan biasa dalam surat-menyurat rasmi serta tips pemantapan gaya penulisan.

Secara keseluruhannya, taklimat ini memberi manfaat besar kepada warga Bahagian Infostruktur dalam meningkatkan kecekapan pengendalian komunikasi rasmi jabatan. Perpustakaan Sultan Badlishah komited untuk terus menyediakan sesi latihan dan taklimat berkala demi menyokong kecekapan pentadbiran dan penyampaian perkhidmatan di peringkat UiTM Cawangan Kedah.

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.