Shah Alam, 13 Jun 2025 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam sekali lagi membuktikan komitmen tinggi dalam memperkasa Budaya Ilmu melalui penganjuran Siri Bacaan Pantas ke-8/2025 yang berlangsung dalam suasana penuh inspirasi.
Program yang menyasarkan peningkatan kecekapan membaca ini menghimpunkan seramai 10 peserta, terdiri daripada staf pelbagai jabatan seperti Canseleri, Jabatan Digital & Perpustakaan, serta pelajar dari Fakulti Pengurusan Perniagaan.
Dipandu oleh instruktor berpengalaman, Cik Ummi Halimatunssaadiyah Shamsul Yuzli, Pustakawan PTAR, para peserta telah didedahkan kepada pelbagai teknik dan strategi penting, antaranya:
-
✅ Pengenalan kepada teknik bacaan pantas
-
✅ Asas dan strategi membaca berkesan
-
✅ Ujian kelajuan bacaan sebelum & selepas
Hasilnya amat memberangsangkan – terdapat peserta yang berjaya meningkatkan kelajuan bacaan mereka sehingga tiga kali ganda dalam tempoh singkat!
Menariknya, kejayaan program ini tidak hanya bergantung kepada teknik semata-mata, tetapi juga disokong oleh peranan besar pustakawan sebagai pemangkin budaya ilmu. Pustakawan masa kini bukan lagi sekadar penjaga buku, tetapi juga fasilitator pembelajaran, pakar literasi maklumat, dan agen transformasi minda.
Program ini jelas menunjukkan bahawa dengan gabungan ilmu, teknik dan bimbingan profesional, cara kita membaca dan menyerap ilmu boleh diubah secara menyeluruh dan lebih berkesan.
Berminat untuk membaca lebih pantas dan kekal fokus tanpa hilang kefahaman?
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai siri Bacaan Pantas akan datang!