Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Jabatan Perpustakaan Terima Anugerah Inovasi (Jabatan) Sempena Mesyuarat Sinergi PNC InQKA 2025

Shah Alam, 12 Jun 2025 – Tahniah diucapkan kepada Jabatan Perpustakaan atas pencapaian cemerlang menerima Anugerah Inovasi (Jabatan) bersempena Mesyuarat Sinergi PNC InQKA bersama Ketua Unit Kualiti, Ketua Unit Kualiti dan Akreditasi, serta Pegawai Kualiti UiTM (MeQKU) yang berlangsung dari 10 hingga 12 Jun 2025.

Penganugerahan ini merupakan pengiktirafan terhadap komitmen dan inisiatif Jabatan Perpustakaan dalam melaksanakan penambahbaikan berterusan serta inovasi berkualiti tinggi yang memberi impak positif kepada ekosistem pendidikan dan penyampaian perkhidmatan di UiTM.

Anugerah berprestij ini telah diterima oleh Puan Siti Aishah Sadan, Ketua Unit Kualiti Jabatan Perpustakaan, yang hadir bagi mewakili jabatan dalam majlis penyampaian anugerah.

“Penghargaan ini amat bermakna dan memberi suntikan semangat kepada seluruh warga Jabatan Perpustakaan untuk terus mengekalkan momentum kecemerlangan, khususnya dalam aspek inovasi dan pemantapan kualiti perkhidmatan,” ujar beliau.

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan Jabatan Perpustakaan dalam memacu kecemerlangan inovasi serta mengukuhkan lagi peranan perpustakaan sebagai pusat pembudayaan ilmu dan rujukan utama warga kampus.

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.