Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

S.P.E.L.L. Competition 2025 : Serlahkan Minda Cekap, Perkukuh Penguasaan Bahasa

S.P.E.L.L. Competition 2025 : Serlahkan Minda Cekap, Perkukuh Penguasaan Bahasa

SEGAMAT, 20 Jun 2025 – Program S.P.E.L.L. Competition 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah dan jayanya pada hari Jumaat bertempat di Perpustakaan Tun Dr. Ismail, UiTM Cawangan Johor. Program yang dianjurkan oleh Akademik Pengajian Bahasa (APB) dengan kerjasama perpustakaan ini telah menghimpunkan seramai 30 orang pelajar sebagai peserta yang bersemangat dan berdaya saing.

Pertandingan ini diadili oleh empat orang pensyarah berpengalaman dan bertujuan untuk mengasah kemahiran pelajar dalam penguasaan Bahasa Inggeris, khususnya dalam aspek pengejaan perkataan (spelling). Aktiviti berbentuk pertandingan ini bukan sahaja mencabar daya ingatan dan ketepatan peserta, tetapi turut mendorong mereka untuk meningkatkan keyakinan diri serta mengamalkan semangat kesukanan dalam suasana pembelajaran yang positif.

Sepanjang berlangsungnya pertandingan, para peserta diuji melalui beberapa peringkat cabaran ejaan yang memerlukan ketelitian, kefahaman serta penguasaan kosa kata yang mantap. Kesungguhan yang ditonjolkan oleh semua peserta telah menyerlahkan potensi mereka dalam menguasai bahasa global ini dengan lebih baik.

Program ini berjaya mencapai objektif penganjurannya dengan mencetuskan suasana pembelajaran yang interaktif, menyeronokkan dan bermakna. Tahniah diucapkan kepada semua peserta atas komitmen dan penyertaan cemerlang mereka dalam memartabatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kampus.

Hebahan media sosial : media sosial

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.