SEGAMAT, 16 Jun 2025 – Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI), UiTM Cawangan Johor terus mengorak langkah dalam bidang kepustakawanan apabila menyertai Pertandingan Poster Consal Boulevard 2025 yang berlangsung baru-baru ini. Pertandingan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif serantau yang menghimpunkan pustakawan dari negara-negara ASEAN untuk mempamerkan inovasi serta pendekatan baharu dalam dunia perpustakaan.
PTDI telah menghantar dua penyertaan projek dalam bentuk poster, iaitu Poster Smart Cleaning Box dan Poster IoT-Powered Innovation, masing-masing menampilkan inovasi dalam aspek kebersihan dan penggunaan teknologi pintar dalam pengurusan perpustakaan. Kedua-dua projek ini diketuai oleh dua pegawai perpustakaan PTDI, Puan Siti Rozana Mat Sanat dan En Idris bin Muhammad, yang juga merupakan Timbalan Ketua Pustakawan (M)(KUP).
Menurut pihak penganjur, penyertaan seperti ini memberi peluang kepada institusi perpustakaan untuk berkongsi idea, membina jaringan profesional, serta meneroka potensi kerjasama antara perpustakaan universiti dan komuniti di rantau ini.
Penyertaan PTDI dalam pertandingan ini mencerminkan komitmen tinggi perpustakaan dalam menjadikan inovasi sebagai teras kepada perkhidmatan maklumat yang lebih efektif dan relevan. PTDI juga menyasarkan agar inisiatif ini menjadi pencetus kepada lebih banyak penyelidikan, pembangunan dan kolaborasi antara perpustakaan dalam dan luar negara.
“Melangkaui sempadan inovasi, memacu transformasi kepustakawanan” – itulah semangat yang dibawa PTDI ke pentas serantau kali ini.
Pautan media sosial : media sosial