Pasir Gudang, 25 Jun – Program Literasi Maklumat anjuran Unit Psikologi dan Kaunseling dengan kerjasama Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada hari ini. Program tersebut melibatkan penyertaan pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Linggiu, Kota Tinggi, Johor.
Bertempat di Bilik Seminar PTDI, Kampus Pasir Gudang, program yang berlangsung dari jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari ini bertujuan meningkatkan kemahiran pelajar dalam mengakses, menilai dan menggunakan maklumat secara berkesan serta beretika.
Program telah dikendalikan oleh Encik Idris bin Muhammad, Timbalan Ketua Pustakawan (M)(KUP), Perpustakaan Tun Dr. Ismail, UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang. Beliau menyampaikan pengisian berkaitan kemahiran literasi maklumat yang penting dalam dunia pendidikan masa kini, terutamanya dalam membantu pelajar membuat carian maklumat secara sistematik dan sahih.