Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Lawatan Pelajar SMK Linggiu, Kota Tinggi, Johor

Pasir Gudang, 25 Jun – Pada tarikh 25 Jun 2025, bersamaan hari Rabu, satu lawatan telah dianjurkan oleh Sek. Men. Keb. Linggiu, Kota Tinggi, Johor, ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Pasir Gudang. Lawatan yang bermula seawal jam 9.00pagi ini bertujuan mendedahkan para pelajar tingkatan lima sekolah ini dengan suasana di universiti dan memberi penerangan tentang program yang ditawarkan di sini.

Perpustakaan Tun Dr. Ismail turut mengisi slot sesi lawatan 40 orang pelajar ke Kampus Pasir Gudang. Justeru, lawatan ini memberikan peluang kepada peserta untuk memahami bagaimana sebuah perpustakaan universiti diuruskan dengan efektif.
 
Dua orang guru dari Sek. Men. Keb. Linggiu juga turut terlibat dalam program ini. Mereka diberikan penerangan oleh pustakawan yang berpengalaman, yang menjelaskan fungsi-fungsi utama perpustakaan serta cara penggunaan teknologi terkini dalam pengurusan bahan bacaan. Selain itu, para peserta juga berpeluang melawat pelbagai bahagian di perpustakaan, termasuk ruang bacaan, bilik komputer, serta kawasan repositori bahan ilmiah.
 
Lawatan ini telah mencapai matlamatnya dengan memberi pendedahan berguna kepada para guru dan pelajar yang terlibat.
 
Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.