Library News

Program Literasi Maklumat Bersama Smk Sultan Yahya Petra 2

Program Literasi Maklumat Bersama Smk Sultan Yahya Petra 2

PROGRAM LITERASI MAKLUMAT BERSAMA SMK SULTAN YAHYA PETRA 2

Perpustakaan Tengku Anis (PTA), UiTM Cawangan Kelantan dengan kerjasama Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka telah menganjurkan Program Literasi Maklumat bersama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 2, Kuala Krai.

Program ini berlangsung di Bilik Seminar PTA pada 20 Ogos 2025 bersamaan 26 Safar 1447H, dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Penganjuran program ini bertujuan meningkatkan kemahiran pelajar sekolah dalam mengakses, menilai dan menggunakan maklumat secara berkesan. Ia juga selaras dengan usaha PTA dalam memperkasa literasi maklumat dalam kalangan generasi muda, khususnya pelajar sekolah menengah, agar mereka lebih bersedia menghadapi cabaran dunia digital dan akademik masa kini.

PTA sentiasa komited untuk terus melaksanakan aktiviti berimpak tinggi seumpama ini sebagai langkah ke arah pembudayaan ilmu dan pembentukan adiwangsa, seiring dengan visi dan misi UiTM.

 

 

 
Tags: ,