Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Program Library Outreach Perkukuh Kefahaman Pelajar OM dalam Pengurusan Maklumat 

Program Library Outreach Perkukuh Kefahaman Pelajar OM dalam Pengurusan Maklumat 

BANDAR JENGKA, 29 April 2025 (Selasa) – Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka telah menganjurkan Program Library Outreach yang melibatkan seramai 47 orang pelajar Diploma Pengurusan Maklumat (OM). Program ini diadakan sebagai usaha memperkukuh hubungan antara perpustakaan dan fakulti serta memperluas pemahaman pelajar terhadap pengurusan bahan maklumat dan warisan secara lebih sistematik.

Dalam program ini, para pelajar telah diberikan taklimat asas berkaitan pengurusan rekod, arkib dan galeri yang disampaikan oleh Puan Hajah Rosnita binti Ja’afar, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan. Taklimat ini memberi pendedahan awal mengenai prinsip serta kaedah pengurusan koleksi maklumat dan warisan dokumentasi secara profesional, selari dengan amalan pengurusan perpustakaan moden.

Objektif utama program ini adalah untuk:

  • Mengeratkan hubungan strategik antara perpustakaan dan fakulti

  • Menyampaikan maklumat berkaitan perkhidmatan serta kemudahan perpustakaan, termasuk aspek pengurusan rekod, arkib dan galeri

  • Mendapatkan maklum balas daripada pihak fakulti bagi penambahbaikan perkhidmatan perpustakaan

Program ini juga bertujuan memupuk kesedaran dalam kalangan pelajar terhadap kepentingan pengurusan maklumat serta mempertingkatkan penggunaan sumber dan perkhidmatan perpustakaan, khususnya dalam bidang pengurusan dokumentasi dan warisan.

Penganjuran program sebegini membuktikan komitmen berterusan Perpustakaan Al-Bukhari dalam mendukung aspirasi akademik dan profesional pelajar UiTM.

Tags: ,