BANDAR JENGKA, 29 April 2024 – Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang telah menganjurkan Anugerah Peminjam Buku Terbanyak Tahun 2024 sebagai penghargaan kepada warga kampus yang aktif dalam pembacaan dan penerbitan bahan ilmiah. Anugerah ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu Staf Akademik dan Pelajar, bertujuan menyemarakkan budaya membaca dan memperkukuh amalan ilmu dalam kalangan komuniti kampus.
Penerima anugerah bagi Kategori Staf Akademik adalah seperti berikut:
Tempat Pertama: Mohd Zaki bin Abdul Latif
Tempat Kedua: Suhanom binti Mohd Zaki
Tempat Ketiga: Dr. Maziah binti Mahmud
Manakala bagi Kategori Pelajar, anugerah telah diberikan kepada:
Tempat Pertama: Natrah binti Ahmad Fauzi
Tempat Kedua: Nur Najiha Najwa binti Rosezaimee
Tempat Ketiga: Nur Hafizah binti Abdullah
Penganugerahan ini merupakan pengiktirafan kepada usaha gigih para pemenang dalam mengamalkan pembacaan sebagai satu rutin berterusan, sekaligus menyumbang kepada pengembangan ilmu yang berkualiti. Ia diharapkan dapat menjadi inspirasi kepada seluruh warga kampus untuk terus mendukung budaya membaca dan menulis sebagai sebahagian daripada kehidupan akademik.