Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Y.Bhg. Dato’/Datuk/Prof/Dr./Tuan/Puan,
PENDAFTARAN DIBUKA: JEMPUTAN KE BENGKEL START SMART WITH SYSTEMATIC REVIEWS ANJURAN PERPUSTAKAAN PERUBATAN TUN ABDUL RAZAK, HOSPITAL AL-SULTAN ABDULLAH (HASA), UiTM
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA), UiTM akan menganjurkan Bengkel Start Smart with Systematic Reviews bagi meningkatkan serta memberdayakan sumber dan pengurusan maklumat melalui teknik system review. Bengkel ini akan berlangsung selama dua (2) hari pada butiran seperti berikut:
🗓️ 10 Julai 2025 (Khamis)
⏰ 8.30 pagi – 4.00 petang
📍Bilik Persidangan 1, Aras 2, Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA)
🗓️ 11 Julai 2025 (Jumaat)
⏰ 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
📍 Bilik Seminar Medical Education Resources Center, Aras 3, Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA)
Yuran Penyertaan:
Pelajar UiTM: RM100 Seorang
Staf UiTM: RM130 Seorang
Warga Luar: RM150 Seorang
Sehubungan itu, YBrs. Prof/Dr./Tuan/Puan adalah dijemput menghadiri bengkel ini. Pendaftaran dan pembayaran boleh dibuat melalui pautan berikut:
Pembayaran:
Pelajar UiTM: https://uitmpay.uitm.edu.my/otherservices/products/AA06/02/5262
Staf UiTM: https://uitmpay.uitm.edu.my/otherservices/products/AA06/02/5264
Warga Luar: https://uitmpay.uitm.edu.my/otherservices/products/AA06/02/5263
Pendaftaran: https://forms.gle/PQGdgoUHuEqXrW288
Pendaftaran adalah terhad kepada 30 peserta sahaja. Pembayaran dan pengisian borang pendaftaran perlu dilakukan sebelum atau pada 30 Jun 2025 (Isnin).
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut pihak YBrs. Prof/Dr./Tuan/Puan boleh hubungi:
- Puan Nurul Atika Binti Harud Din (Pustakawan) di talian 03-3396 3000 samb. 12802 atau
- Puan Fasihah Binti Abdul Wahab (Kerani) di talian 03-3396 3000 samb. 12806
Sekian, terima kasih.