Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Lawatan Penandaaras Perpustakaan Multimedia Universiti Ke PTAR Kampus Puncak Alam

18 Jun 2025 | 21 Zulhijah 1446 H : Ketua Perpustakaan Multimedia Universiti, YBrs. Encik Kamal Sujak bersama beberapa pegawai syarikat konsultasi telah datang ke PTAR Kampus Puncak Alam pada hari ini dalam siri jelajah lawatan penandaarasan ke beberapa buah perpustakaan untuk melihat perkhidmatan serta kemudahan yang diberikan oleh perpustakaan universiti pada era terkini.
Lawatan ini telah disambut oleh Ketua Perpustakaan UCS iaitu YBrs. Ts. Haji Mohamad Hamidi Haji Mohd Jais diiringi oleh Encik Hazrul Amir Tomyang dan Encik Amir Muhamad Shafie. Lawatan bermula dengan taklimat perpustakaan di bilik mesyuarat PTAR KPA seterusnya di bawa melihat setiap aras perpustakaan dengan perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan.
Pihak PTAR UCS juga berterima kasih kepada Maker Lab Universiti Teknologi MARA Malaysia diatas penerangan yang telah diberikan pada masa yang sama.
Tags:

Please publish modules in offcanvas position.