SHAH ALAM, 29 September 2025 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menyertai Minggu Destini Siswa (MDS) UiTM Sesi 2025/2026 melalui penganjuran Slot Perpustakaan yang berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam, dari jam 11.50 pagi hingga 12.10 tengah hari.

- Perkhidmatan, kemudahan & inisiatif digital diperkenalkan kepada pelajar baharu.
- Akses koleksi fizikal/digital, portal PERMATA Search & pangkalan data akademik.
- “Rakan strategik dalam pembelajaran & penyelidikan” selari visi UiTM.
Sesi ini dikendalikan oleh Puan Eza Eliana A. Wahid, Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP), Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan, yang memperkenalkan pelbagai perkhidmatan, kemudahan dan inisiatif digital yang disediakan PTAR. Antara pengisian utama termasuk akses koleksi fizikal dan digital, pengenalan PERMATA Search sebagai portal carian utama, serta capaian ke pangkalan data akademik dan e-buku.
Slot ini memberi pendedahan awal kepada pelajar baharu mengenai kepelbagaian sumber ilmu dan platform pembelajaran yang tersedia untuk menyokong kecemerlangan akademik. PTAR menegaskan peranan sebagai “rakan strategik dalam pembelajaran dan penyelidikan”, selari dengan visi UiTM dalam melahirkan graduan berpengetahuan, berdaya saing dan celik maklumat.