Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Lawatan Pengauditan Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sektor Awam MSOSH Berjaya Dijalankan di PTAR

SHAH ALAM, 26 September 2025 – Jabatan Perpustakaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menerima lawatan penilaian daripada Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MSOSH) sempena Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sektor Awam. Lawatan ini bertujuan menilai serta memberikan pengiktirafan kepada organisasi yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Pengauditan telah berlangsung dengan lancar di Bahagian Arkib Universiti Teknologi MARA pada 26 September 2025 (Jumaat), bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Sesi penilaian diketuai oleh En. Muhammad Aminurashid bin Mas’ud selaku wakil rasmi daripada MSOSH.

Sepanjang pengauditan, pihak UiTM telah membentangkan pelbagai inisiatif, prosedur, serta langkah-langkah keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang dilaksanakan di kampus. Hasil penilaian mendapati UiTM telah memberikan kerjasama yang baik serta berjaya memenuhi keperluan penilaian yang ditetapkan.

Pengurusan universiti merakamkan penghargaan kepada semua warga kerja yang terlibat kerana memastikan proses audit ini berjalan dengan teratur dan cemerlang. Kejayaan ini membuktikan komitmen UiTM dalam mengutamakan keselamatan dan kesihatan pekerjaan sebagai sebahagian daripada budaya kerja cemerlang.

Tags: , ,