Program PTAR Alam Bina One Stop Center sempena Jelajah Ilmu Siri ke-2/2025 telah berlangsung dengan jayanya pada 3 Julai 2025 (Khamis), dari 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari bertempat di Ruang Foyer, Blok A, Bangunan Pentadbiran.
Program ini bertujuan memberi pendedahan tentang fungsi dan peranan Perpustakaan Alam Bina dalam menyokong proses pembelajaran dan penyelidikan warga fakulti. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan, antaranya pendaftaran My Reading!, muat turun aplikasi PERMATA, promosi bahan eBook, sesi hands-on carian bahan rujukan (pangkalan data dalam talian, eBook dan lain-lain) menggunakan sistem PERMATA, serta konsultasi berkenaan perkhidmatan perpustakaan dan literasi maklumat.
Program ini telah berjaya menarik perhatian dan mendapat sambutan hangat daripada warga Fakulti Alam Bina. Ia dikendalikan oleh Pn. Hanani Bt. Rojikin, Pustakawan Kanan PTAR Alam Bina, dengan sokongan profesional daripada Puan Juniza Adenno dan En. Zulkifli Ridhwan, Pembantu Pustakawan Kanan, yang turut menyumbang kepakaran masing-masing dalam memastikan kelancaran setiap sesi.