Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Kunjungan YBhg. Datuk Ir Ts Hj Wan Nazri ke PTAR: Menelusuri Nostalgia Pelajar dan Warisan Ilmu

Shah Alam, 4 Jun 2025 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) menjadi saksi kepada kunjungan penuh makna oleh YBhg. Datuk Ir Ts Hj Wan Nazri Hj Wan Aria, alumni Diploma Kejuruteraan Awam ITM (1998–2001), sempena sesi rakaman Podcast Zaman Now bersama CEO@Faculty.

Kini memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Gruppe Dynamic Sdn Bhd, YBhg. Datuk Ir Ts Hj Wan Nazri kembali ke alma mater dengan penuh rasa bangga dan emosi apabila beliau menerima semula Fail Peribadi Pelajar miliknya daripada pihak Bahagian Arkib Universiti (BARU).

Penyerahan fail bersejarah tersebut dilakukan oleh Puan Siti Salwa A. Rahman, Pustakawan Kanan yang mewakili BARU. Fail yang mengandungi rekod akademik dan dokumentasi rasmi semasa zaman pengajian beliau di ITM itu menjadi simbol kepada perjalanan jatidiri akademik dan kepimpinan beliau hari ini.

Sebagai sebahagian daripada lawatan tersebut, YBhg. Datuk turut meluangkan masa meninjau Koleksi Khas Jawi di PTAR, diiringi oleh Puan Nurul Farihah Sarmin Panut, Ketua Unit Korporat dan Kolaborasi (UKK). Dalam lawatan itu, beliau menyatakan penghargaan terhadap usaha pelestarian manuskrip serta bahan bercetak Jawi, yang disifatkan sebagai khazanah intelektual dan warisan budaya bangsa yang amat bernilai dan perlu dipertahankan.

Program yang merupakan hasil kerjasama antara Institute of Continuing Academic Nurturing (ICAN) dan PTAR ini bukan sahaja berjaya menghidupkan semula nostalgia zaman mahasiswa, malah memperkukuh peranan perpustakaan sebagai pemelihara warisan ilmu dan identiti sejarah UiTM.

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.