Shah Alam, 4 Jun 2025 – Unit Dasar dan Perancangan Strategik, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA telah menganjurkan Bengkel Penulisan Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) PTAR 2025 Siri 1, melibatkan penyertaan aktif daripada barisan penulis dan penilai AKNC PTAR.
Bengkel yang diadakan ini bertujuan untuk membina kerangka penulisan strategik serta mengenal pasti kekuatan dan keunikan PTAR selaras dengan bidang tumpuan (focus area) yang telah ditetapkan bagi tahun 2025. Ia juga menjadi platform penting dalam memastikan keselarasan dokumentasi dan penilaian selari dengan aspirasi kecemerlangan yang digariskan oleh pihak universiti.
Program ini turut berperanan sebagai landasan penyelarasan awal dalam usaha memperkemas pengumpulan bukti dan data sokongan, serta menstrukturkan naratif penulisan yang berimpak tinggi untuk penyertaan rasmi ke Anugerah Kualiti Naib Canselor UiTM.
Melalui inisiatif ini, PTAR terus komited untuk mengekalkan pencapaian cemerlang serta mengangkat budaya kerja berteraskan kualiti, inovasi dan tadbir urus yang unggul dalam landskap perkhidmatan perpustakaan akademik.