KUALA PILAH, 16 Jun 2025 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Negeri Sembilan telah terlibat secara langsung dalam Kempen Derma Darah Perdana dan saringan kesihatan, sempena Hari Penderma Darah Sedunia peringkat UiTM Cawangan Negeri Sembilan anjuran bersama Perpustakaan Tun Abdul Razak yang turut berlangsung secara serentak di UiTM seluruh negara.
Seramai lebih 600 pengunjung telah hadir memeriahkan program termasuk berkunjung ke booth pameran dan kaunter saringan kesihatan yang disediakan. Daripada jumlah itu, seramai 135 pengunjung yang mendaftar untuk menderma darah sepanjang program berlangsung sehingga 5.00 petang. Terima kasih di atas semangat UiTM Heartbeat anda!