Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Jom Derma Darah

Pasir Gudang, 7 Januari 2026 – Program Derma Darah anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej Non-Resident (JPKNR) dengan kerjasama Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI), UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang dan KPJ Johor Specialist Hospital dilaksanakan pada 7 Januari 2026, bermula jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang bertempat di Perpustakaan Tun Dr. Ismail Kampus Pasir Gudang. Program ini terbuka kepada seluruh warga UiTM sebagai usaha murni menyokong keperluan bekalan darah negara serta memupuk budaya prihatin dalam komuniti kampus.

Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada warga UiTM untuk menyumbang kepada masyarakat, malah berperanan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan derma darah sebagai tanggungjawab sosial. Semua warga UiTM amat dialu-alukan untuk hadir dan bersama-sama menjayakan program berimpak tinggi ini.


Tags: ,