12 Jun 2025 (Khamis) – PTAR Alam Bina (PTAB) telah menganjurkan program "Jelajah Ilmu @PTAR Alam Bina" yang berlangsung dari jam 9:00 pagi hingga 4:00 petang di Blok B, Kompleks Tahir Majid, Fakulti Alam Bina, UiTM Shah Alam.
Program ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada para pelajar khususnya dan warga fakulti secara amnya yang begitu teruja dan bersemangat ingin tahu berkaitan dengan perkhidmatan perpustakaan yang terkini.
Di kesempatan ini juga, pengunjung reruai berpeluang untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik yang telah disediakan oleh pihak perpustakaan antaranya ialah taklimat ringkas Portal PERMATA, pendaftaran MyReading @PERMATA, penggunaan koleksi bacaan akademik dan santai melalui platform Portal e-Book, pendaftaran Briged Sukarelawan PTAR serta sesi konsultasi penggunaan perkhidmatan digital perpustakaan.
Secara keseluruhannya, program ini memberi impak yang positif dalam mendidik warga fakulti agar lebih celik budaya ilmu dan secara tidak langsung menggalakkan mereka untuk memanfaatkan sepenuhnya kemudahan serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh perpustakaan dalam menyokong pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.