Shah Alam, 13 Oktober 2025 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), telah menganjurkan Bengkel Bacaan Pantas: Asah Potensi, Jadi Jurulatih Luar Biasa! yang telah disertai seramai 31 orang peserta terdiri daripada warga perpustakaan.

- Bengkel Bacaan Pantas telah dianjurkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak pada 13 Oktober 2025 di UiTM Shah Alam.
- Seramai 31 orang peserta daripada kalangan warga perpustakaan telah menyertai bengkel ini.
- Program ini bertujuan melatih jurulatih bacaan pantas dan melahirkan pakar rujuk dalam bidang literasi bacaan.
Bengkel intensif ini dikendalikan oleh barisan penceramah berpengalaman iaitu:
- Dr. Nurul Aida Noor Azizi
- Puan Azura Mohamad Hashim
- Puan Siti Salwa A. Rahman
- Cik Ummi Halimatunssaaadiyya Shamsul Yuzli
Turut sama menjayakan bengkel ini sebagai fasilitator ialah Puan Norazlin Mohd. Yusof.
Penganjuran program ini bertujuan untuk:
- Melatih Speed Reading Instructor yang baharu selaras dengan keperluan dan penstrukturan terkini.
- Melahirkan Subject Matter Experts (SME) dalam bidang Bacaan Pantas.
Selain memberi pendedahan terhadap teknik dan strategi bacaan pantas, bengkel ini turut menekankan aspek pembinaan kemahiran kognitif, pengurusan masa dan tumpuan, serta aplikasi amalan bacaan pantas dalam konteks pembelajaran abad ke-21. Pendekatan holistik ini diyakini dapat membantu peserta meningkatkan kecekapan membaca serta keupayaan menyampaikan latihan kepada warga kampus yang lain.
Menurut pihak penganjur, penganjuran bengkel ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan PTAR untuk memperkasa pembudayaan ilmu dan literasi bacaan dalam kalangan warga UiTM. Dengan adanya jurulatih dalaman yang berkompetensi tinggi, PTAR yakin inisiatif ini akan menjadi pemangkin kepada peningkatan tahap literasi maklumat dan akademik secara menyeluruh.