Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Audit Pensijilan Semula ISO 9001:2015 UiTM Bagi Skop Pengurusan Korporat Universiti Awam

Shah Alam, 2 Julai 2025 – Audit Pensijilan Semula ISO 9001:2015 Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi Skop Pengurusan Korporat Universiti Awam telah berlangsung dengan jayanya pada 1 hingga 2 Julai 2025. Audit tersebut diadakan di Bilik Sidang, Aras 3, Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam.

Audit ini telah dikendalikan oleh Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA), melibatkan beberapa Pusat Tanggungjawab (PTj) dalaman UiTM yang berkaitan, termasuklah Jabatan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR).

PTAR turut mengambil bahagian secara langsung dalam audit ini sebagai auditee bagi aspek pengurusan dokumen dan rekod, selaras dengan keperluan piawaian ISO 9001:2015. Penyertaan ini menunjukkan komitmen berterusan PTAR dalam memastikan sistem pengurusan kualiti yang cekap, sistematik dan mematuhi garis panduan antarabangsa.

Alhamdulillah, proses audit berjalan lancar dengan kerjasama yang baik antara semua pihak yang terlibat. Diharapkan hasil daripada audit ini akan terus memperkukuhkan sistem pengurusan kualiti UiTM secara keseluruhannya.

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.