Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Cakna & Cendekia: Siri Ketiga - 1 Staf 1 Perkongsian Ilmu PTDI

Cakna & Cendekia: Siri Ketiga - 1 Staf 1 Perkongsian Ilmu PTDI

Segamat, 28 Mei – Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI), UiTM Cawangan Johor meneruskan komitmennya dalam membudayakan perkongsian ilmu melalui program 1 Staf 1 Perkongsian Ilmu – Siri 3/2025 yang berlangsung pada jam 3.00 petang hingga 4.00 petang bertempat di bilik latihan PTDI.

Program yang berlangsung secara santai namun informatif ini menampilkan dua pembentang dari kalangan staf sendiri iaitu Encik Malek bin Ahmad dan Puan Dzarifah binti Mohd Sarifee, masing-masing merupakan Pembantu Pustakawan Kanan. Encik Malek membuka sesi dengan perkongsian berkaitan Laman Web UiTM, merangkumi struktur utama laman, akses kepada informasi penting, dan kepentingannya dalam memudahkan urusan harian warga universiti.

Sesi diteruskan dengan perkongsian oleh Puan Dzarifah mengenai topik Harta Intelek, yang memberi pendedahan kepada konsep asas, jenis-jenis perlindungan serta kepentingan IP dalam konteks penyelidikan dan inovasi di institusi pendidikan.

Program ini dilaksanakan bagi memberi ruang kepada staf berkongsi ilmu, kemahiran dan pengalaman dalam pelbagai bidang sekali gus menyemai budaya pembelajaran berterusan dalam kalangan warga perpustakaan. Objektif utama adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran staf selari dengan hasrat pembangunan modal insan yang holistik.

Program bulanan ini dijangka diteruskan dengan pengisian yang lebih menarik dan bermanfaat sebagai medium pembelajaran tidak formal dalam kalangan staf PTDI.

Hebahan media sosial : media sosial

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.