22 Mei 2025, Khamis – Kelab Plantech Society dan Kelab Planters P110 dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin telah menganjurkan program Bicara Kerjaya Perladangan "Perspektif Baru dalam Dunia Perladangan". Topik pada kali ini adalah memberi pendedahan kepada para mahasiswa tentang perladangan bukanlah pembangunan ekonomi yang melibatkan sektor perladangan semata-mata Namun industri perladangan di Malaysia merupakan salah satu tonggak utama dalam sektor pertanian dan ekonomi negara. Ia telah menyumbang kepada pembangunan luar bandar, peningkatan eksport, dan penjanaan peluang pekerjaan.
Penceramah jemputan bagi program ini ialah Encik Ahmad As-Syifaa bin Ahmad Misbah.Beliau merupakan alumni UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin.
Semoga apa yang telah disampaikan dapat memberi semangat kepada semua peserta. Sekian, terima kasih.
Follow & Like Us:
PTAR UiTM Cawangan Melaka
https://linktr.ee/ptaruitmmelaka