22 Mei 2025, Khamis – Kelab Agribusiness Society (ABS) dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin telah menganjurkan program Business Career Talk : Bicara Kerjaya Pernigaantani. Topik pada kali ini lebih kepada memperkenalkan kepada para pelajar peluang dan potensi dalam sektor perniagaan. Perniagaantani lebih kepada segala bentuk aktiviti komersial yang berkaitan dengan pertanian, penternakan, perikanan, dan agropelancongan. Walaupun berdepan pelbagai cabaran, perniagaantani tetap relevan dan berpotensi besar untuk diterokai oleh generasi muda.
Penceramah jemputan bagi program ini ialah Encik Mohd Yusof bin Das, Pengarah Urusan YNR Nursery, yang berkongsi pengetahuan dan pandangan dalam bidang perniagantani.
Semoga dengan perkongsian dari Encik Mohd Yusof ini dapat memberi semangat kepada semua peserta.
Follow & Like Us:
PTAR UiTM Cawangan Melaka
https://linktr.ee/ptaruitmmelaka