Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

JOM QUIT: PERJUANGAN BERMULA HARI INI

JOM QUIT: PERJUANGAN BERMULA HARI INI

JOM QUIT: PERJUANGAN BERMULA HARI INI

21 Mei 2025, Rabu - Ceramah bertajuk "Jom Quit: Perjuangan Bermula Hari Ini" telah berlangsung pada 21 Mei 2025 di Bilik Seminar, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin. Program ini dianjurkan oleh pelajar Kelab Pemimpin Muda dengan kerjasama Unit Kesihatan dan PTAR KJM. Ceramah untuk sesi ini telah disempurnakan oleh penceramah jemputan Dr. Zulfadhli Afiq bin Zakaria, Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Merlimau.

Program yang memberi fokus kepada bahaya merokok kepada kesihatan. Merokok bukan sekadar tabiat, tetapi ancaman kepada kesihatan keluarga dan masyarakat. Dr. Zulfadhli telah berkongsi cara yang lebih efektif untuk berhenti merokok dan cara mengamalkan gaya hidup sihat sebagai jaminan kearah kesihatan yang optima.

Semoga apa yang telah disampaikan dapat memberi semangat kepada semua peserta. Sekian, terima kasih.

Follow & Like Us:

PTAR UiTM Cawangan Melaka

https://linktr.ee/ptaruitmmelaka

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.