Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Program Sumbangan Kepada Murid Sekolah Rendah

Program Sumbangan Kepada Murid Sekolah Rendah

22 Mei 2025, Khamis - Bersempena dengan "Program Sumbangan Kepada Murid Sekolah Rendah anjuran kelab Association of Student Leadership and Development (ASLEAD), PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin telah menerima lawatan dari pelajar Sekolah Kebangsaan Sri Mendapat dan Sekolah Kebangsaan Air Baruk seramai 30 orang pelajar sekolah. 

Encik Muhammad Izwan bin Ibrahim, Pembantu Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin telah menyampaikan taklimat berkenaan kemudahan dan juga perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna. Selain itu, pelajar-pelajar sekolah ini telah dibawa untuk lawatan ke PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin. Lawatan ini telah dibawa oleh Encik Muhammad Izwan bin Ibrahim, dibantu oleh Encik Muhammad Syafiq bin Kamarudin.

Semoga dengan ada lawatan ini, menjadi pembakar semangat kepada mereka untuk terus berjaya di masa hadapan. Sekian, terima kasih.

Follow & Like Us:

PTAR UiTM Cawangan Melaka

https://linktr.ee/ptaruitmmelaka

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.