Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Mini Tournament MLBB@UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin

Mini Tournament MLBB@UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin

Mini Tournament MLBB@UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin

22 Mei 2025, Khamis - Mini Tournament Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Peringkat Universiti Awam telah dianjurkan oleh CRIT ESports dengan kerjasama Persatuan Sukan Elektronik Negeri Sembilan (PSENS) dan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin. 

Program ini diadakan bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan dalam kalangan pelajar, menggalakkan pembangunan e-sukan di peringkat institusi pengajian tinggi serta sebagai platform mencungkil bakat pelajar dalam bidang sukan elektronik.

Sebanyak 10 kumpulan telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Setiap kumpulan terdiri daripada 5 pemain utama yang mewakili pasukan masing-masing.

Pertandingan bermula pada jam 9.00 pagi dengan pendaftaran peserta dan taklimat ringkas mengenai peraturan kejohanan. Kejohanan dijalankan secara sistem kalah mati (knock-out), di mana setiap pasukan bertanding untuk merebut gelaran juara. Beberapa perlawanan sengit telah berlangsung sepanjang hari, menyaksikan kemahiran, strategi dan semangat berpasukan yang tinggi dipamerkan oleh para peserta.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta dan pemenang!

Follow & Like Us:

PTAR UiTM Cawangan Melaka

https://linktr.ee/ptaruitmmelaka

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.