Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Program Sejahtera 360: Sihat Bersama Warga PTDI – Siri 4/2025 Jayakan Gaya Hidup Sihat di Tempat Kerja

Program Sejahtera 360: Sihat Bersama Warga PTDI – Siri 4/2025 Jayakan Gaya Hidup Sihat di Tempat Kerja

SEGAMAT, 22 Mei 2025 – Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI), UiTM Cawangan Johor telah menganjurkan Program Sejahtera 360: Sihat Bersama Warga PTDI – Siri 4/2025 sebagai salah satu usaha berterusan dalam memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan staf. Program ini telah diadakan pada jam 8.00 pagi hingga 9.00 pagi di ruang legar PTDI, melibatkan penyertaan warga kerja perpustakaan.

Program ini dikendalikan oleh En. Mohd Shafiq bin Mohd Danil dan En. Muhammad Azhari bin Ja'afar, kedua-duanya Pembantu Pustakawan, selaras dengan aspirasi Amanat Ketua Pustakawan UiTM 2025 yang menekankan aspek kesejahteraan fizikal dan mental staf dalam mewujudkan persekitaran kerja yang sejahtera dan produktif.

Sesi yang dipimpin oleh En. Muhammad Safwan Kamirul Ain telah dimulakan dengan aktiviti pemanasan badan, diikuti dengan senaman regangan dan pergerakan ringan yang sesuai dilakukan di tempat kerja. Aktiviti ini bertujuan menggalakkan staf mengamalkan pergerakan fizikal secara berkala dalam rutin kerja harian bagi mengurangkan tekanan dan keletihan.

Selain itu, sesi turut disertakan dengan perkongsian ringkas mengenai amalan pemakanan sihat serta kepentingan menjaga keseimbangan antara tuntutan kerja dan rehat yang mencukupi – aspek penting dalam penjagaan kesihatan menyeluruh.

Program ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran terhadap penjagaan diri dalam kalangan staf, malah mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama warga PTDI melalui aktiviti yang menyeronokkan dan bermanfaat.

Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan secara konsisten sebagai langkah proaktif dalam menyokong kesejahteraan dan kesihatan warga kerja perpustakaan.

Hebahan media sosial : media sosial

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.