Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

PTDI Terlibat dalam Sesi Pembentangan Prestasi Strategik Perpustakaan UiTM Q1 2025

PTDI Terlibat dalam Sesi Pembentangan Prestasi Strategik Perpustakaan UiTM Q1 2025

SEGAMAT, 21 Mei 2025 – Warga kerja Perpustakaan Tun Dr. Ismail 1 (PTDI 1), UiTM Cawangan Johor telah mengikuti Sesi Pembentangan Pencapaian Prestasi Perancangan Strategik Perpustakaan UiTM bagi Suku Pertama (Q1) Tahun 2025 yang diadakan secara maya. Sesi tersebut disertai oleh semua staf PTDI bertempat di Bilik Seminar, PTDI 1, bermula dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang.

Sesi pembentangan ini diadakan bertujuan untuk menyampaikan pencapaian semasa mengikut Perancangan Strategik Perpustakaan UiTM yang telah digariskan bagi tahun 2025. Ia merangkumi laporan kemajuan prestasi, hala tuju strategik semasa dan akan datang, serta pelaksanaan pelbagai inisiatif yang menyokong aspirasi kecemerlangan perkhidmatan perpustakaan.

Antara perkara yang ditekankan dalam pembentangan ini adalah pentingnya komitmen menyeluruh daripada seluruh lapisan staf perpustakaan dalam memastikan matlamat strategik dapat dicapai secara berkesan. Penglibatan aktif, semangat kerjasama serta kejelasan terhadap peranan masing-masing turut ditekankan sebagai faktor penting dalam memperkasa sistem penyampaian perkhidmatan yang berimpak tinggi.

Secara keseluruhan, sesi ini telah berlangsung dengan jayanya dan memberi pencerahan kepada semua warga perpustakaan khususnya di PTDI berkenaan status pencapaian semasa serta peranan yang perlu dimainkan ke arah merealisasikan agenda strategik universiti.

Diharapkan sesi seperti ini akan diteruskan secara berkala sebagai platform pemantauan bersama dan penambahbaikan berterusan dalam mendukung misi dan visi Perpustakaan UiTM serta universiti secara amnya.

Hebahan media sosial : media sosial

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.