Library News

2-Days Boot Camp Writing on Scopus Indexed Journal (Focus: Bibliometric analysis)

Melaka, 15 Julai 2025 – Unit Jurnal dan Penerbitan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka, dengan kerjasama Neksus Penyelidikan UiTM (ReNeU), Jabatan Penyelidikan dan Inovasi UiTM Shah Alam, Unit Latihan dan Penyelidikan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Kampus Bandaraya Melaka, serta Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Kampus Bandaraya, telah menganjurkan 2-Days Boot Camp Writing on Scopus Indexed Journal bertempat di Student Centre, Aras 4, UiTM Kampus Bandaraya Melaka.
 
Program yang berlangsung selama dua hari pada 15 dan 16 Julai 2025 (Selasa dan Rabu) ini memberi tumpuan khusus kepada analisis bibliometrik, satu kaedah penting dalam penulisan dan penerbitan jurnal berindeks Scopus.
 
‘Boot camp’ ini telah dikendalikan oleh Dr. Noor Azliyana binti Azizan, Koordinator Kesihatan dan Kesejahteraan, Neksus Penyelidikan UiTM, yang juga mempunyai H-Index sebanyak 7. Sesi latihan berlangsung dari jam 8.30 pagi - 4.45 petang dan disertai oleh warga akademik serta penyelidik dari pelbagai fakulti dan kampus dari sistem UiTM.
 
Melalui pendekatan intensif dan bimbingan secara tidak langsung, para peserta telah didedahkan kepada strategi penulisan artikel ilmiah yang berimpak tinggi serta teknik menggunakan kaedah bibliometrik sebagai alat analisis yang menyokong kualiti kajian.
Pendaftaran program adalah berdasarkan konsep "first-come, first-served", dan turut disediakan sesi latihan komprehensif untuk meningkatkan kemahiran penulisan akademik mereka ke tahap global.
 
Tags: ,