Segamat, 9 Mei 2025 – Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI), UiTM Cawangan Johor telah menganjurkan Sesi Taklimat Cadangan Pembelian Buku Melalui Sistem PERMATA yang berlangsung di CGS Trading Room, PTDI 1, bermula jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi.
Program yang melibatkan seramai 25 orang peserta terdiri daripada pensyarah dan staf PTDI ini bertujuan untuk memperkukuh pembangunan koleksi bahan bacaan perpustakaan yang lebih sistematik dan relevan berdasarkan silibus program-program pengajian yang ditawarkan di UiTM.
Taklimat telah disampaikan oleh Puan Siti Rozana Mat Sanat, Timbalan Ketua Pustakawan (Memangku) (KUP), yang berkongsi tatacara penggunaan Sistem PERMATA sebagai platform cadangan pembelian buku yang lebih tersusun. Selain itu, peserta turut diberikan pencerahan berkenaan kaedah mengenal pasti keperluan bahan bacaan berdasarkan sukatan pelajaran, panduan pengisian sistem, serta proses semakan dan kelulusan cadangan pembelian.
Sesi ini turut membuka ruang interaksi melalui sesi soal jawab dan perkongsian pandangan berkaitan keperluan penambahbaikan sistem dan prosedur sedia ada.
Secara keseluruhannya, sesi taklimat berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Diharapkan inisiatif ini akan membantu memperkasa pembangunan koleksi perpustakaan yang lebih berkualiti, relevan, dan menyokong kecemerlangan akademik universiti.
Hebahan media sosial : media sosial