Telah berlangsung dengan jayanya Kursus Asas Pengurusan Fail dan Rekod kepada Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) UiTM Cawangan Sarawak pada 6 Mei 2025 hingga 8 Mei 2025 yang lalu. Kursus ini dijalankan bagi memberi pengetahuan asas tentang prinsip dan konsep pengurusan fail dan rekod, sekaligus untuk mendapat surat lantikan rasmi sebagai PRJ dan PTRJ daripada Arkib Negara Malaysia. Objektif Kursus Asas Pengurusan Fail dan Rekod adalah:
- Mengetahui asas pengurusan fail dan rekod secara teori.
- Memberi kefahaman dalam tugas-tugas mengendalikan fail dan rekod.
- Mengenalpasti konsep dan perundangan pengurusan rekod mengikut Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629].
- Menambah kefahaman tentang peruntukan perundangan lain yang berkaitan dengan pengurusan fail dan rekod.
- Melaksanakan urusan sistem fail dengan sistematik mengikut piawaian dan prosedur pengurusan rekod yang ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia.
- Mengaplikasi proses pengurusan rekod dengan betul mengikut standard dan panduan yang dikeluarkan oleh Arkib Negara Malaysia.