Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Mobile Library Sempena Bulan Kesedaran Kesihatan Mental

Anjuran: Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Kampus Sungai Buloh
Dengan Kerjasama: Unit Psikologi dan Kaunseling UiTM Kampus Sungai Buloh

📅 Tarikh: 6 Mei 2025
🕙 Masa: 10.00 pagi – 2.00 petang
📍 Tempat: Aras 1, Lobi Fakulti Pergigian UiTM

Program Budaya Ilmu ini diadakan bersempena Bulan Kesedaran Kesihatan Mental dengan pendekatan Mobile Library, iaitu perpustakaan bergerak yang dibawa terus kepada warga kampus. Inisiatif ini menyasarkan pengukuhan budaya ilmu, pembacaan dan kesedaran terhadap kesihatan mental dalam kalangan warga UiTM.

Objektif Program:

  1. Menggalakkan dan memupuk budaya membaca dalam kalangan warga UiTM Kampus Sungai Buloh.

  2. Memberi pendedahan mengenai pelbagai perkhidmatan perpustakaan serta mempromosikan penambahbaikan servis yang ditawarkan.

  3. Mempromosikan bahan bacaan terutamanya yang berkaitan dengan kesihatan mental.

  4. Memperkenalkan PERMATA Apps sebagai salah satu kemudahan digital perpustakaan untuk akses bahan bacaan dan maklumat.

Please publish modules in offcanvas position.