MESYUARAT BERSAMA MPP UCS : PROGRAM PEMBUDAYAAN ILMU BERSAMA MAHASISWA
8 Mei 2025 | 10 Zulkaedah 1446H: Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Kampus Puncak Alam telah telah mengadakan mesyuarat bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Cawangan Selangor Sesi 2024/2025 bagi membincangkan program kolaborasi buat julung kalinya bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
Sesi ini berlangsung dalam suasana mesra dan penuh Kerjasama dengan objektif untuk:
- Mengeratkan hubungan dua hala antara PTAR dan MPP
- Memberi ruang dan peluang kepada MPP untuk meneroka peluang kolaborasi program dengan PTAR
- Merancang inisiatif dan program kolaboratif PTAR–MPP
- MPP sebagai ejen perantara dalam menyebarkan maklumat perkhidmatan perpustakaan kepada mahasiswa.
Pihak PTAR telah diwakili oleh Puan Hani Liza, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan dan Puan Hafiza, Pustakawan Kanan telah mengadakan perbincangan bersama MPP mengenai beberapa program pembudayaan ilmu bersama mahasiswa UiTM Cawangan Selangor. Barisan MPP memberi maklumbalas dan kerjasama yang baik atas inisiatif dan program-program yang PTAR bakal laksanakan bersama MPP dan ianya sudah tentu dapat dimanfaatkan oleh semua mahasiswa.
Manakala barisan MPP diwakili oleh:
- Sdri. Laila Balqis Wadhhah Irwan Hanafiz – Setiausaha Agung
- Sdra. Ahmad Syakirin – Pen. YDP Jabatan Pengurusan Sumber & Informasi
- Sdri. Al Aufa Khairunnisa Mohd Kahar – Pen. YDP Jabatan Pembangunan Mahasiswa
- Sdri. Nur Ernie Suzianie – Setiausaha Kerja
- Sdra. Mohamad Taufiq Hidayat – Exco Multimedia
PTAR amat mengalu-alukan kerjasama strategik ini dan yakin bahawa MPP sebagai wakil pelajar berperanan penting dalam memperkasakan budaya ilmu serta menyokong agenda pembudayaan ilmu di kampus.
Terima kasih atas komitmen dan keterbukaan MPP! Semoga kerjasama ini terus memberi impak positif kepada komuniti UiTM.