Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Mesyuarat Gerak Kerja Mobile Library @ PTDI2U Secara Maya

Mesyuarat Gerak Kerja Mobile Library @ PTDI2U Secara Maya

SEGAMAT, 4 April 2025 – Bagi memastikan kelancaran operasi perkhidmatan Mobile Library @ PTDI2U, satu Mesyuarat Gerak Kerja telah diadakan secara dalam talian melalui platform Google Meet pada jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi. Mesyuarat ini melibatkan semua warga kerja Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI), UiTM Cawangan Johor.

Tujuan utama mesyuarat ini adalah untuk menyusun atur tugasan dan penggiliran staf bagi memastikan keberkesanan dalam pengendalian kaunter perkhidmatan di PTDI 1 dan PTDI 2. Penekanan turut diberikan terhadap penyelarasan peranan setiap staf agar perkhidmatan yang ditawarkan melalui Mobile Library dapat dilaksanakan secara sistematik dan efisien.

Mesyuarat turut menjadi medan perbincangan untuk memperkemas logistik serta strategi pelaksanaan, agar segala perkhidmatan yang dirancang dapat disampaikan dengan cemerlang kepada pengguna perpustakaan.

Pihak pengurusan berharap agar kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua staf PTDI akan menjadi pemangkin kepada kejayaan pelaksanaan Mobile Library @ PTDI2U. Semoga segala urusan dipermudahkan dan berjalan lancar demi manfaat bersama.

Hebahan media sosial : media sosial

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.