Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

UiTM Johor Membaca Siri 2/2025 : Galak Budaya Ilmu dan Literasi Digital

UiTM Johor Membaca Siri 2/2025 : Galak Budaya Ilmu dan Literasi Digital

SEGAMAT, 29 April 2025 – Program UiTM Johor Membaca Siri 2/2025 telah berjaya dianjurkan secara dalam talian menerusi platform Google Meet dari jam 9.30 pagi hingga 10.30 pagi. Program ini menghimpunkan seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada warga UiTM Johor dari pelbagai jabatan dan fakulti.

Program ini merupakan salah satu inisiatif perpustakaan dalam menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan warga kampus, selaras dengan seruan Rektor UiTM Johor yang menekankan kepentingan ilmu dan pembacaan dalam Amanat Rektor 2025.

Sepanjang sesi berlangsung, para peserta berpeluang meluangkan masa membaca bahan bacaan pilihan masing-masing, dalam suasana kondusif dan mendidik walaupun secara maya. Sesi ini bertujuan untuk menggalakkan pembacaan kendiri serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan literasi dalam pembangunan sahsiah dan intelektual warga universiti.

Menambahkan nilai program, dua penceramah jemputan turut dijemput untuk sesi penerangan ringkas berkaitan kemudahan digital perpustakaan. Puan Norme Haji Saleh (Pembantu Pustakawan Kanan) berkongsi tentang kemudahan pinjaman buku secara dalam talian melalui sistem eLibs, manakala Puan Noredayu Rosli (Pustakawan Kanan) memberi penerangan mengenai fungsi My Reading List dalam sistem PERMATA, yang memudahkan pengguna merancang dan merekod pembacaan secara sistematik.

Program ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada peningkatan tahap literasi maklumat dan penggunaan sumber digital dalam kalangan warga UiTM Johor. Pihak penganjur optimis bahawa program seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memperkukuh budaya ilmu dan membaca di institusi ini.

Pautan media sosial : media sosial

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.