Sesi Meet and Greet dan Taklimat Perpustakaan Digital (PERMATA)
(9.00 pagi - 10.30 pagi, 06 Mei 2025)
Sesi ini telah dilaksanakan oleh Puan Nurul Atika Harud Din, Pustakawan Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, HASA, kepada Jabatan Infrastruktur yang dihadiri oleh 6 orang staf.
Sesi ini telah memberi penerangan yang lebih mendalam mengenai fungsi-fungsi perkhidmatan dan bahan perpustakaan yang boleh diakses secara maya, termasuk pangkalan data atas talian, e-books, pembaharuan buku atas talian, PRIME, dan juga promosi platform ELIB.
Selain itu sesi ini juga menerangkan tatacara cadangan buku dan juga buku eletronik melalui sistem PERMATA.