Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Meet and Greet PTAR bersama Fakulti Perakaunan (FPN)

Meet and Greet PTAR bersama Fakulti Perakaunan (FPN) UiTM Cawangan Melaka
 
6 Mei 2025, Selasa - Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah telah mengadakan Meet and Greet PTAR bersama Fakulti Perakaunan (FPN), UiTM Cawangan Melaka. Program dijalankan pada 2.30 petang, di Bilik Mesyuarat Utama, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah. Program ini telah dihadiri oleh Dr. Sharifah Norhafiza Syed Ibrahim, Ketua Pusat Pengajian (KPP) dan Puan Siti Aisyah Basri, Pensyarah Kanan, Fakulti Perakaunan (FPN), UiTM Cawangan Melaka, bersama 3 orang staf Perpustakaan UiTM Cawangan Melaka.
 
Sesi dimulakan dengan pembentangan Perkhidmatan Perpustakaan Digital dan Perkhidmatan Sokongan Penyelidikan, Pembelajaran dan Rujukan yang disampaikan oleh Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Melaka. Sesi diakhiri dengan perbincangan dua hala antara Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dan Fakulti Perakaunan (FPN), UiTM Cawangan Melaka di mana kedua-dua belah pihak terlibat telah mengutarakan beberapa pandangan dan cadangan bagi kemajuan bersama.
Hasil dari sesi Meet & Greet ini, dapat mempromosikan perkhidmatan terkini PTAR dalam menyokong usaha pembudayaan ilmu, penyelidikan dan perkongsian pengetahuan serta meningkatkan ketampakan PTAR dalam menyumbang kepakaran kepada warga kampus.
 
PTAR UiTM Cawangan Melaka mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Fakulti Perakaunan (FPN) di atas kesudian hadir di dalam sesi Meet & Greet ini.
 
Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.