Jutaan terima kasih Penerbit MARDI atas kunjungan, lawatan,perbincangan kolaborasi dan serta sumbangan buku wakaf yang telah diserahkan kepada Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, HASA UiTM pada 30 April 2025. Alhamdulillah semoga persetujuan menerima kolaborasi ini dapat mewujudkan peluang program yang berimpak serta meluas bukan hanya kepada organisasi kita tetapi juga kepada komuniti.
Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, HeASA UiTM juga merakamkan penghargaan kepada seluruh Warga HASA serta PTAR UiTM yang terlibat secara langsung atau tidak langsung terhadap perjalanan sesi ini.