Library News

Program World #QuranHour Di UiTM Cawangan Pahang

Program World #QuranHour Di UiTM Cawangan Pahang

Jengka, 25 Mac 2025 – Program World #QuranHour yang dianjurkan oleh Perpustakaan Al-Bukhari dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Islam (UHEI), UiTM Cawangan Pahang telah mendapat sambutan hangat daripada warga kampus. Program yang diadakan secara hibrid ini berlangsung serentak di seluruh dunia sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh budaya membaca dan memahami Al-Quran.

Bacaan Surah As-Saff dipimpin oleh Ustaz Muhammad Faridzul Bin Fadzil, Pegawai Eksekutif Kanan UHEI, dengan penyertaan ramai pelajar dan staf universiti. Turut serta Yang Berusaha Prof. Ts. Dr. Azhan bin Hashim, Rektor UiTM Cawangan Pahang dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Negeri (JKEN) yang memberikan sokongan penuh terhadap inisiatif ini. Kehadiran mereka mencerminkan komitmen kepimpinan dalam menyemarakkan budaya Al-Quran dalam kalangan warga universiti.

Objektif utama program ini adalah untuk mengukuhkan hubungan umat Islam dengan Al-Quran melalui pembacaan, tadabbur, dan penghayatan nilai-nilai murni. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menyemai budaya ilmu dan memperkasa sahsiah mahasiswa.

Para peserta yang hadir menyatakan rasa syukur dan teruja dengan penganjuran program ini. Mereka berharap agar World #QuranHour dapat diteruskan pada masa hadapan bagi membentuk masyarakat yang lebih berilmu dan berakhlak tinggi.

Diharapkan usaha ini terus memberikan manfaat dan menggalakkan lebih ramai individu mendekati serta mencintai Al-Quran.

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.